PERATURAN PUSAT AKSES SMKTBM


Semua pengguna mesti mematuhi jadual waktu penggunaan pusat akses seperti yang telah ditetapkan. Sila rujuk di papan kenyataan pusat sumber.

Pelajar mesti berpakaian seragam sekolah dengan kemas dan lengkap.

Pelajar mesti menyerahkan kad kod bar kepada pegawai atau guru yang bertugas sebelum menggunakan komputer.

Pengguna dikehendaki mencatat butir-butir diri dalam buku log rekod penggunaan komputer di pusat akses.

Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan kertas catatan sahaja ke dalam pusat akses.

Had penggunaan komputer ialah selama setengah jam sahaja bagi satu-satu masa. Jika tiada tempahan komputer oleh pengguna seterusnya, anda perlu merekod semula penggunaan komputer itu untuk tempoh setengah jam yang seterusnya di dalam buku log penggunaan komputer.


Pengguna dilarang membawa masuk makanan atau minuman ke dalam pusat akses.


Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh di dalam pusat akses.





Pengguna dilarang menghidupkan atau mematikan sebarang suis tanpa arahan pegawai atau guru yang bertugas.

Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada computer.

Pengguna dilarang melayari internet pada laman web yang tidak senonoh.

Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian kecuali dengan izin pegawai atau guru yang bertugas.

Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam pusat akses kecuali dengan keizinan pegawai atau guru yang bertugas.

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan kepada pegawai atau guru yang bertugas.

Pengguna dikehendaki menjaga kebersihan pusat akses setiap masa.

Sila pastikan keadaan pusat akses kemas sebelum keluar. Susun atur semula kerusi di tempatnya.

Pastikan kad kod bar anda dipulangkan selepas menggunakan komputer di pusat akses.